Bahasa Malaysia

Hak kanak-kanak ‘reborn ’– dengan suara kanak-kanak

Survey tentang pendapat kanak-kanak Malaysia untuk merangka laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak.

dianjurkan oleh The Mousedeer Group bagi Hak Kanak-Kanak. Untuk maklumat lanjut sila lihat Mousedeer Videos

Apakah itu The Mousedeer Group?

Kumpulan Mousedeer merupakan satu komuniti di Internet yang khas bagi semua Kanak-kanak Malaysia (berumur bawah 18 tahun). Tujuannya, adalah sebagai satu platform bagi semua kanak-kanak di Malaysia yang menpunyai akses kepada kemudahan internet untuk berinteraksi antara satu sama lain. Keahlian bagi kumpulan in hanyalah melalui undangan sahaja.

Platform diskusi di laman web Facebook berfungsi untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di serantau Malaysia untuk lebih mengenali serta berdiskusi mengenai hak asasi manusia. Komuniti Facebook ini akan lebih kerap membesar serentak dengan penglibatan oleh lebih ramai kanak-kanak Malaysia.

Anda boleh menyertai kumpulan ini sekiranya anda berumur kurang daripada 18 tahun.

Anda juga boleh muat-turun maklumat mengenai Konvensyen Hak Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris

Survey ini mengenai ?

  • Untuk kanak –kanak Malaysia mengumpul maklumat yang mencukupi untuk menulis laporan mengenai hak kanak-kanak.
  • Untuk meningkatkan kesedaran mengenai Hak Kanak-kanak di kalangan kanak-kanak,ibu bapa, guru-guru, dan juga masyarakat

Survey ini dibahagikan kepada lapan bahagian. Setiap bahagian baru akan dipaparkan pada setiap hari Sabtu. Survey in akan berlangsung dari 25 Februari hingga 28 April. Keputusan bagi setiap survey akan dipaparkan di laman web ini.

Anda masih boleh menyertai survey ini walaupun anda hanya mula mengisi survey pada minggu kelapan. Anda cuma perlu mengisi kesemua soal selidik yang terawal sebelum tengah malam 28 April.

Untuk siapakah survey ini ?

Untuk kanak-kanak Malaysia – yang belum mencapai umur 18 tahun.

Adakah ibu bapa,guru-guru, atau rakan-rakan saya dapat membaca apa yang ditulis oleh saya?

Tidak! Survey ini adalah sulit. Oleh itu, anda tidak perlu memberi nama anda. Tiada sesiapapun yang akan mengenali anda atau membaca apa yang ditulis oleh anda. Keputusan survey akan dikira oleh computer.

Kenapa anda harus mengisi survey ini?

  • Keputusan akan dihantar kepada Jawantankuasa tentang Hak Kanak-kanak di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, di mana mereka akan memberikan cadangan mengenai Hak Kanak-kanak untuk kegunaan masa depan Kerajaan Malaysia.
  • Adakah anda ingin turut serta untuk meningkatkan hak anda sendiri serta hak kanak-kanak lain di Malaysia?
  • Adakah anda ingin  meningkatkan hak anda sebagai seorang kanak-kanak dan juga hak kanak-kanak yang lain di Malaysia?
  • Adakah anda ingin mempromosikan hak kanak-kanak anak anda kelak nanti?

Kalau jawapan anda bagi kesemua soalan ini adalah “ya”- maka anda harus mula mengisi soal selidik ini

Untuk maklumat lanjut sila lihat Mousedeer Videos

Ia pastinya seronok untuk mengisi soal selidik in serta mengikuti keputusan pada setiap minggu!

Untuk mengisi survey sila ketik link:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s